بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...bersyukur kerana masih berupaya untuk memanfaatkan masa dengan berkongsi sesuatu yang mungkin akan memberi manfaat kepada diri dan semua...
Hari ini kita melihat bahawa kebanyakan manusia sering meninggalkan apa yang diperintahkanNya dan melakukan apa yang dilarangNya tanpa timbul di hatinya sifat malu kepada manusia di sekelilingnya dan pencipta yang sentiasa menyaksikannya.Ini kerana,Islam hanya dilabelkan bukan dipraktikkan dengan sebenarnya sehingga apabila timbul isu yang berkaitan dengan Islam semua umat Islam akan bangkit tetapi sekiranya tiada sebarang isu semuanya senyap dan mendiamkan diri.Inilah hakikat yang berlaku pada zaman sekarang....
Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"Islam datang dengan dagang dan akan kembali dagang"
Jika kita menyusuri sirah Rasulullah di awal usaha dakwah nabi,baginda menghadapi manusia(objek dakwah) yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral yang begitu teruk.Akan tetapi dengan kuasa Allah s.w.t,manusia yang daripada tahap yang lebih teruk daripada haiwan kepada tempat yang tinggi dan mulia.
Ini adalah kerana mereka menerima,memahami dan melaksanakan Islam dengan sebenarnya..Iman mereka yang membuak-buak menjadikan mereka generasi yang hebat.Itulah sifat iman yang sebenarnya:
"اعتقاد القلب واقرار اللسان وعمل الجوارح"
Dengan memahami konsep iman ini akan melahirkan individu yang tidak menyempitkan ibadah itu kepada satu aspek sahaja tetapi menjadikan konsep ibadah itu cukup luas.
Oleh itu,atas dasar kefahaman ini ia menolak diri kita untuk beramal dengan Istiqomah dan mujahadah.:
-Berusahalah kita membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana hakikatnya rata-rata umat Islam sudah kehilangan identiti Islam yang sebenar.Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan umat Islam tidak mampu untuk mempertahankan saudara2 seislam yang ditindas selain hanya mampu melihat keadaan mereka di kaca televisyen sahaja.Marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai
peribadi-peribadi berikut:
-Peribadi yang kukuh dan kuat adalah elemen yang penting dan perlu ada dalam diri setiap individu muslim terutamanya para pendakwah yang ingin menyebarkan risalah kepada masyarakat.Sentiasalah perlu diingatkan:
"قدوة قبل الدعوة"
Ia adalah antara yang akan memberi kesan kepada individu-individu yang ingin didekati.Oleh itu,Ia akan terbit hasil daripada kefahaman dan hakikat keimanan itu sendiri. Terdapat juga peribahasa Inggeris "Action speaks louder than words".Suka saya untuk mengajak para pembaca untuk melihat sirah nabi Muhammad s.a.w di mana nabi sendiri menjadi contoh terbaik kepada para sahabat yang bersama baginda sehingga nabi digelar sebagai Al-Amin(yang boleh dipercayai.Firman Allah:
"وانك لعلى خلق عظيم"
Jadi,marilah sama-sama kita serlahkan kembali identiti Islam yang sebenar dengan memaparkan KEHALUSAN PEKERTI yang tinggi dalam setiap tindakan kita.Yakinlah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat bagi hamba yang menolong agamanya.Firman Allah:
"ولينصرنّ الله من ينصره"
Kembalikan semula episod kegemilangan kita sepertimana yang digambarkan bahawa umat Islam suatu ketika dahulu adalah seperti singa yang lapar tetapi kini seperti kancil yang pengecut....Fikirkan bersama.



