Raya Di Perantauan

on Jumaat, 2 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim

para ibu mesra bersenda,
bersenda sambil menjamah kurma
laungan takbir berganda-ganda
petanda syawal sudah menjelma.

 Keheningan syawal tahun 1423H ini,saya telah diberi rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t untuk meraikannya jauh di samping keluarga yang tercinta di bumi ardhu kinanah ini.begitulah yang diistilahkan sebagai raya di perantauan kerana di sebaliknya terhimpun banyak ibrah dan hikmah yang tersembunyi untuk diterokai  lantas memahaminya.jauh di sudut hati perasaan bercampur baur dan sukar untuk diungkapkan sehingga saya terbaca pada firman Allah:

"ولا تهنوا ولاتحزنوا وانتم الاعلون ان كنتم مؤمنين"
maksudnya:janganlah kamau berasa lemah dan bersedih hati dan kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.

   Hakikatnya ramadhan yang dilalui adalah satu tarbiyah yang berharga bagi siapa yang mahu mencarinya.Detik-detik sepanjang perjalanan Ramadhan menjadi bekalan untuk melangkah ke bulan-bulan yang seterusnya...Di sini saya ingin berkongsi sedikit ibrah atau pengjaran sepanjang ramadhan yang saya lalui:

  • Ramadhan melatih tahap kesabaran diri.Cuaca panas di mesir sangat menduga diri untuk keluar dari rumah dan hanya duduk di rumah sahaja.
  • Ramadhan memberi kekuatan untuk melakukan perubahan dalam diri.
  • Ramadhan di Mesir penuh dengan pesta ibadah terutamnya di akhir ramadhan.Suasana yang begitu menggalakkan ini memberi semangat kepada saya untuk melakukan ibadah yang lebih dari sebelumnya
  • Sambutan ramadhan lebih meriah berbanding sambutan 1 Syawal.Kemeriahan lampu-lampu di setiap rumah menandakan sambutan bulan yang berbeza dari bulan-bulan lain.
  • Setiap masjid menyediakan juadah berbuka(مائدة الرحمن).Ini satu suasana yang cukup berbeza berbanding tempat-tampat lain.
  • Penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran lebih semasa di bulan Ramadhan.Terutamanya alunan ayat Al-quran yang dibaca oleh Imam Terawih sangat memberi kesan dalam diri.
  • Hakikat ibadah di 10 malam terakhir dalam Bulan Ramadhan.Masjid dibanjiri oleh orang ramai bagi mengejar Lailatul Qadr.Qiamullail telah dimulakan seawal pukul 12 malam dan tetap juga dipenuhi dengan jemaah terutamanya malam-malam yang ganjil
   Di sini,saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah swt kerana telah mempertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini sehingga ke akhirnya.Inilah pengalaman pertama saya beraya di perantauan yang penuh dengan memori,dan pengalaman yang cukup menarik untuk menjadi bekalan diri sepanjang menempuh kehidupan yang mendatang Insya Allah.......SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1423




  • Foto Ramadhan dan raya di perantauan


                                          Solat Terawih di Masjid Fatimah pada 
                                          10 malam terkhir

                                           Solat raya di Souq Sayyarat...1 Syawal 1423H 


                                           Bergambar selepas menunikan solat Raya


Akhir kalam,marilah kita hayati satu pesanan:

"كن ربانيا ولا تكن رمضنيا"

Wallahua'lam
Taqabbalallahu minna wa minkum...
Kullu 'am wa antum  bikhair...
SALAM PERANTAUAN 2011