Raya Di Perantauan

on Jumaat, 2 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim

para ibu mesra bersenda,
bersenda sambil menjamah kurma
laungan takbir berganda-ganda
petanda syawal sudah menjelma.

 Keheningan syawal tahun 1423H ini,saya telah diberi rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t untuk meraikannya jauh di samping keluarga yang tercinta di bumi ardhu kinanah ini.begitulah yang diistilahkan sebagai raya di perantauan kerana di sebaliknya terhimpun banyak ibrah dan hikmah yang tersembunyi untuk diterokai  lantas memahaminya.jauh di sudut hati perasaan bercampur baur dan sukar untuk diungkapkan sehingga saya terbaca pada firman Allah:

"ولا تهنوا ولاتحزنوا وانتم الاعلون ان كنتم مؤمنين"
maksudnya:janganlah kamau berasa lemah dan bersedih hati dan kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.

   Hakikatnya ramadhan yang dilalui adalah satu tarbiyah yang berharga bagi siapa yang mahu mencarinya.Detik-detik sepanjang perjalanan Ramadhan menjadi bekalan untuk melangkah ke bulan-bulan yang seterusnya...Di sini saya ingin berkongsi sedikit ibrah atau pengjaran sepanjang ramadhan yang saya lalui:

  • Ramadhan melatih tahap kesabaran diri.Cuaca panas di mesir sangat menduga diri untuk keluar dari rumah dan hanya duduk di rumah sahaja.
  • Ramadhan memberi kekuatan untuk melakukan perubahan dalam diri.
  • Ramadhan di Mesir penuh dengan pesta ibadah terutamnya di akhir ramadhan.Suasana yang begitu menggalakkan ini memberi semangat kepada saya untuk melakukan ibadah yang lebih dari sebelumnya
  • Sambutan ramadhan lebih meriah berbanding sambutan 1 Syawal.Kemeriahan lampu-lampu di setiap rumah menandakan sambutan bulan yang berbeza dari bulan-bulan lain.
  • Setiap masjid menyediakan juadah berbuka(مائدة الرحمن).Ini satu suasana yang cukup berbeza berbanding tempat-tampat lain.
  • Penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran lebih semasa di bulan Ramadhan.Terutamanya alunan ayat Al-quran yang dibaca oleh Imam Terawih sangat memberi kesan dalam diri.
  • Hakikat ibadah di 10 malam terakhir dalam Bulan Ramadhan.Masjid dibanjiri oleh orang ramai bagi mengejar Lailatul Qadr.Qiamullail telah dimulakan seawal pukul 12 malam dan tetap juga dipenuhi dengan jemaah terutamanya malam-malam yang ganjil
   Di sini,saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah swt kerana telah mempertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini sehingga ke akhirnya.Inilah pengalaman pertama saya beraya di perantauan yang penuh dengan memori,dan pengalaman yang cukup menarik untuk menjadi bekalan diri sepanjang menempuh kehidupan yang mendatang Insya Allah.......SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1423




  • Foto Ramadhan dan raya di perantauan


                                          Solat Terawih di Masjid Fatimah pada 
                                          10 malam terkhir

                                           Solat raya di Souq Sayyarat...1 Syawal 1423H 


                                           Bergambar selepas menunikan solat Raya


Akhir kalam,marilah kita hayati satu pesanan:

"كن ربانيا ولا تكن رمضنيا"

Wallahua'lam
Taqabbalallahu minna wa minkum...
Kullu 'am wa antum  bikhair...
SALAM PERANTAUAN 2011



Muhasabah Dai'e

on Rabu, 6 April 2011



Assalamualaikum w.b.t.....
bismillah.jpg
      Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Manusia sahaja yang sanggup memikul tanggungjawab ini dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah Al-Khaliq.Kebanyakannya menyedari hakikat dan kelebihan tersebut tetapi tidak mendapat gambaran bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna.Oleh itu,iman seseorang yang  memberi daya tolak dan pendorong yang kuat kepada amal Islami.Janganlah kita biarkan baki-baki usia terutamanya di usia muda ini berlalu begitu sahaja dan jauh menyimpang dari matlamat asal kita diciptakan.Marilah kita menerapkan dalam diri dengan agenda-agenda supaya kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t dapat dimanfaatkan semaksima yang mungkin.

rokok2.jpg
"Islam datang dengan dagang dan akan kembali dagang"
   Manusia rata-ratanya apabila diajukan persoalan ini hanya menjawab "oohh....saya just macam nilah makan,kerja,Facebook,tidur and then esok pun sama jer lah","saya yakin tak lama lagi Islam akan bangkit dan mengasai dunia...","saya selalu solat berjemaah kat masjid..."...Inilah beberapa golongan individu yang kosong dengan agenda dan golongan yang hanya mengharapkan Islam tertegak secara magik.Kita dapat memahami situasi ini melalui kata-kata Ustaz Mustafa masyhur"Umat Islam dahulu ibarat singa yang lapar tetapi telah berubah menjadi kancil yang jinak".Keberanian dan kemajuan yang dikuasai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan dahulu menjadikannya sebagai sebuah tempat rujukan dan dikagumi oleh semua kuasa-kuasa dunia.Yakinlah bahawa dengan usaha dan pengorbanan  yang kita curahkan mampu untuk bangkit semula daripada kejatuhan ini dengan cara setiap individu bekerja melalui jemaah yang diyakini matlamat dan hala tujunya.Tidak lain tidak bukan perlulah dibina kembali asas-asas Islam dalam individu kemudian barulah beralih fokus ke marhalah yang seterusnya.

Allah Berfirman:
قل هذه سبيلي ادعوا الى الله على بصيرة انا ومن اتبعنى
"katakanlah:Inilah jalan(agamaku),aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yan nyata"

Dan Allah berfirman lagi:
ومن النصر الاٌ من عند الله العزيز الحكيم
"Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana"


amr-khaled.jpg
Menurut majalah Time Megazine, beliau berada ditangga ke 13 dalam kalangan individu berpengaruh didunia dan ditangga ke 6 dalam kalangan intelektual berpengaruh menurut Prospect Megazine. Manakala majalah The New  York Time Megazine memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher“.


    Kita yang mengiktiraf diri sebagai pendukung dakwah sepatutnya tidak duduk diam dan sentiasa menyumbang fikiran untuk mimikirkan kelangsungan dakwah untuk generasi yang akan datang.Sebahagian yang memperkuatkan kepercayaan(thiqoh) pada jalan dakwah ialah hajat dunia hari ini kepada dakwah Islamiah.Agar dakwah Islamiah dapat menyelamatkan dunia dari kecelakaan setelah gagalnya segala sistem-sistem buatan manusia.Boleh jadi juga sistem yang dilaksanakan telah meninggalkan kesan pahit kepada masyarakatnya.Ini membuktikan bahawa tiada satu jaminan yang kuat melainkan jika mereka kembali semula kepada manhaj Islam yang sebenar.

Allah berfirman:
والله غالب على امره ولكنٌ اكثر الناس لا يعلمون
"Dan Allah berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui"


    Oleh itu,kita perlu menjadikan batu asas untuk dakwah yang lebih besar ialah dengan berusaha memperbaiki diri dan meingkatkan kefahaman diri.Ini menjadi dasar yang perlu dikuatkan dan diteguhkan.Sepertimana kita ingin membina sesebuah binaan perlulah dikuatkan asasnya iaitu pasaknya dan sebagainya.inilah marhalah yang paling penting dan paling susah kerana ia memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk terus istiqomah.

ان الاسلام هو الحال...

wassalam...


Kehalusan Pekerti

on Ahad, 23 Januari 2011

بسم الله الرحمن الرحيم    
Assalamualaikum...

    Alhamdulillah...bersyukur kerana masih berupaya untuk memanfaatkan masa dengan berkongsi sesuatu yang mungkin akan memberi manfaat kepada diri dan semua...

  Hari ini kita melihat bahawa kebanyakan manusia sering meninggalkan apa yang diperintahkanNya dan melakukan apa yang dilarangNya tanpa timbul di hatinya sifat malu kepada manusia di sekelilingnya dan pencipta yang sentiasa menyaksikannya.Ini kerana,Islam hanya dilabelkan bukan dipraktikkan dengan sebenarnya sehingga apabila timbul isu yang berkaitan dengan Islam semua umat Islam akan bangkit tetapi sekiranya tiada sebarang isu semuanya senyap dan mendiamkan diri.Inilah hakikat yang berlaku pada zaman sekarang....
Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

    "Islam datang dengan dagang dan akan kembali dagang"


Jika kita menyusuri sirah Rasulullah di awal usaha dakwah nabi,baginda menghadapi manusia(objek dakwah) yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral yang begitu teruk.Akan tetapi dengan kuasa Allah s.w.t,manusia yang daripada tahap yang lebih teruk daripada haiwan kepada tempat yang tinggi dan mulia.

 Ini adalah kerana mereka menerima,memahami dan melaksanakan Islam dengan sebenarnya..Iman mereka yang membuak-buak menjadikan mereka generasi yang hebat.Itulah sifat iman yang sebenarnya:

"اعتقاد القلب واقرار اللسان وعمل الجوارح"

Dengan memahami konsep iman ini akan melahirkan individu yang tidak menyempitkan ibadah itu kepada satu aspek sahaja tetapi menjadikan konsep ibadah itu cukup luas.

  Oleh itu,atas dasar kefahaman ini ia menolak diri kita untuk beramal dengan Istiqomah dan mujahadah.:


-Berusahalah kita membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana hakikatnya rata-rata umat Islam sudah kehilangan identiti Islam yang sebenar.Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan umat Islam tidak mampu untuk mempertahankan saudara2 seislam yang ditindas selain hanya mampu melihat keadaan mereka di kaca televisyen sahaja.Marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai
peribadi-peribadi berikut:



-Peribadi yang kukuh dan kuat adalah elemen yang penting dan perlu ada dalam diri setiap individu muslim terutamanya para pendakwah yang ingin menyebarkan risalah kepada masyarakat.Sentiasalah perlu diingatkan:

       "قدوة قبل الدعوة"
Ia adalah antara yang akan memberi kesan kepada individu-individu yang ingin didekati.Oleh itu,Ia akan terbit hasil daripada kefahaman dan hakikat keimanan itu sendiri. Terdapat juga peribahasa Inggeris "Action speaks louder than words".Suka saya untuk mengajak para pembaca untuk melihat sirah nabi Muhammad s.a.w di mana nabi sendiri menjadi contoh terbaik kepada para sahabat yang bersama baginda sehingga nabi digelar sebagai Al-Amin(yang boleh dipercayai.Firman Allah:
      "وانك لعلى خلق عظيم"

Jadi,marilah sama-sama kita serlahkan kembali identiti Islam yang sebenar dengan memaparkan KEHALUSAN PEKERTI yang tinggi dalam setiap tindakan kita.Yakinlah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat bagi hamba yang menolong agamanya.Firman Allah:
      "ولينصرنّ الله من ينصره"

Kembalikan semula episod kegemilangan kita sepertimana yang digambarkan bahawa umat Islam suatu ketika dahulu adalah seperti singa yang lapar tetapi kini seperti kancil yang pengecut....Fikirkan bersama.