Assalamualaikum w.b.t.....
Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Manusia sahaja yang sanggup memikul tanggungjawab ini dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah Al-Khaliq.Kebanyakannya menyedari hakikat dan kelebihan tersebut tetapi tidak mendapat gambaran bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna.Oleh itu,iman seseorang yang memberi daya tolak dan pendorong yang kuat kepada amal Islami.Janganlah kita biarkan baki-baki usia terutamanya di usia muda ini berlalu begitu sahaja dan jauh menyimpang dari matlamat asal kita diciptakan.Marilah kita menerapkan dalam diri dengan agenda-agenda supaya kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t dapat dimanfaatkan semaksima yang mungkin.
![]() |
| "Islam datang dengan dagang dan akan kembali dagang" |
Manusia rata-ratanya apabila diajukan persoalan ini hanya menjawab "oohh....saya just macam nilah makan,kerja,Facebook,tidur and then esok pun sama jer lah","saya yakin tak lama lagi Islam akan bangkit dan mengasai dunia...","saya selalu solat berjemaah kat masjid..."...Inilah beberapa golongan individu yang kosong dengan agenda dan golongan yang hanya mengharapkan Islam tertegak secara magik.Kita dapat memahami situasi ini melalui kata-kata Ustaz Mustafa masyhur"Umat Islam dahulu ibarat singa yang lapar tetapi telah berubah menjadi kancil yang jinak".Keberanian dan kemajuan yang dikuasai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan dahulu menjadikannya sebagai sebuah tempat rujukan dan dikagumi oleh semua kuasa-kuasa dunia.Yakinlah bahawa dengan usaha dan pengorbanan yang kita curahkan mampu untuk bangkit semula daripada kejatuhan ini dengan cara setiap individu bekerja melalui jemaah yang diyakini matlamat dan hala tujunya.Tidak lain tidak bukan perlulah dibina kembali asas-asas Islam dalam individu kemudian barulah beralih fokus ke marhalah yang seterusnya.
Allah Berfirman:
قل هذه سبيلي ادعوا الى الله على بصيرة انا ومن اتبعنى
"katakanlah:Inilah jalan(agamaku),aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yan nyata"
Dan Allah berfirman lagi:
ومن النصر الاٌ من عند الله العزيز الحكيم
"Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana"
Kita yang mengiktiraf diri sebagai pendukung dakwah sepatutnya tidak duduk diam dan sentiasa menyumbang fikiran untuk mimikirkan kelangsungan dakwah untuk generasi yang akan datang.Sebahagian yang memperkuatkan kepercayaan(thiqoh) pada jalan dakwah ialah hajat dunia hari ini kepada dakwah Islamiah.Agar dakwah Islamiah dapat menyelamatkan dunia dari kecelakaan setelah gagalnya segala sistem-sistem buatan manusia.Boleh jadi juga sistem yang dilaksanakan telah meninggalkan kesan pahit kepada masyarakatnya.Ini membuktikan bahawa tiada satu jaminan yang kuat melainkan jika mereka kembali semula kepada manhaj Islam yang sebenar.
Allah berfirman:
والله غالب على امره ولكنٌ اكثر الناس لا يعلمون
"Dan Allah berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui"
Oleh itu,kita perlu menjadikan batu asas untuk dakwah yang lebih besar ialah dengan berusaha memperbaiki diri dan meingkatkan kefahaman diri.Ini menjadi dasar yang perlu dikuatkan dan diteguhkan.Sepertimana kita ingin membina sesebuah binaan perlulah dikuatkan asasnya iaitu pasaknya dan sebagainya.inilah marhalah yang paling penting dan paling susah kerana ia memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk terus istiqomah.
ان الاسلام هو الحال...
wassalam...




0 ulasan:
Catat Ulasan